RESDUNG : KENALI JENIS RESDUNG DAN SIMPTOM-SIMPTON TERJADINYA RESDUNG - CINTA HATI SAYA

Sunday 15 April 2018

RESDUNG : KENALI JENIS RESDUNG DAN SIMPTOM-SIMPTON TERJADINYA RESDUNG

Assalammualaikum,

Hidung terasa gatal pada waktu pagi ??

Mata terasa berair ??

Tekak terasa gatal juga ??

AWAS !! Itu adalah tanda-tanda anda menghidapi resdung. Dan kadang-kadang juga muka akan ditumbuhi jerawat yang sangat teruk hingga boleh menyebabkan berdarah. 

Resdung adalah salah satu penyakit yang berpunca daripada alahan ataupun dikenali sebagai Allergic Rhinitis. Ia melibatkan keradangan pada saluran hidung hingga menyebabkan beberapa simptom yang selalu berlaku pada pesakit resdung iaitu bersin, hidung berair, gatal hidung dan juga hidung tersumbat.



Rhinitis bermaksud keradangan pada lapisan dalam bahagian hidung. Mereka yang mengalami resdung akan mempunyai simptom seperti bersin, hidung berair, hidung terasa gatal, hidung tersumbat. Dan biasanya ianya akan melibatkan organ pada mata, telinga dan tekak.

20% daripada masyarakat kita merupakan pesakit resdung samada kronik atau tidak. Masalah penyakit resdung ini bukanlah penyakit yang berjangkit, langsung tidak sama sekali ye. Tetapi, ianya akan melibatkan masalah dan kesan yang lain dalam kehidupan kita.

Resdung ini juga boleh dikaitkan dengan penyakit asma. Apabila keadaan diri yang kerap bersin, hidung akan tersumbat dan menyebabkan kesukaran untuk bernafas. Jadinya, jangan dibiarkan ianya menjadi dengan lebih teruk.


JENIS RESDUNG

Terdapat 2 jenis resdung :

1. RINOSINUSITIS AKUT

- Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung. Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik. Antara ciri-cirinya ialah :
  • Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
  • Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
  • Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.

2. RINOSINISITIS KRONIK

- Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik. Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami: Kegatalan pada bahagian muka yang teruk Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat. Kerap bersin pada waktu pagi Ada kalanya hidung tersumbat Tanpa demam tetapi hingus bertambah Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk. Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.


 PUNCA RESDUNG

* Debunga
* Kulat
* Habuk
* Bulu haiwan
* Asap

TANDA-TANDA RESDUNG

* lendir tebal dalam hidung
* hidung tersumbat
* sakit pada bahagian muka
* demam
* sakit kepala
* batuk
* sakit tekak


SIMPTOM-SIMPTOM RESDUNG

* bersin
* hidung berair
* hidung tersumbat
* hidung gatal


KOMPLIKASI RESDUNG

* Keradangan sinus - bahagian rongga kosong di tengkorak bahagian muka dan kepala
* Otitis Media - boleh menyebabkan jangkitan kuman
* Sleep Apnea - nafas terhenti ketika tidur
* Tiub Eustachian yang bermasalah


Jika penyakit resdung ini tidak dapat dirawat lagi, maka salah satu caranya adalah dengan menjalani pembedahan untuk membuang lendir yang berada dalam hidung anda.

Jom kita tonton tentang penyakit resdung dari pakar ENT KPJ. DR. Vincent.

No comments:

Post a Comment