ASMA : PENGALAMAN SENDIRI SEBAGAI SEORANG PESAKIT ASMA - CINTA HATI SAYA

Monday 5 March 2018

ASMA : PENGALAMAN SENDIRI SEBAGAI SEORANG PESAKIT ASMA

Assalammualaikum..

Mungkin ramai yang tidak tahu yang sebenanrnya saya nie seorang pesakit asma. Penyakit yang saya hidapi nie dah berusia selama 24 tahun. Macam-macam yang saya dah laluinya. Dan ianya amat memeritkan..Allah..hanya Dia sahaja yang tahu bagaimana kesengsaraan seorang pesakit asma.

Penyakit asma nie mungkin nampak remeh dan dipandang enteng oleh orang lain. Tapi sebenarnya ianya amat memeritkan diri saya sendiri. Bukan itu sahaja, tapi juga kepada keluarga saya sendiri. Macam-macam cabaran yang terpaksa mereka tempuh untuk memastikan keadaan saya ketika sakit.

Kisah saya nie bermula ketika saya berumur 6 tahun, bayangkanlah ketika masa itu, saya selalu sahaja pengsan dah sering lemah badan sampaikan untuk berdikari sendiri pun amat payah. Ianya berlanjutan sehingga masuk persekolahan rendah.


Ketika berada di sekolah rendah, segala aktivi luar dan lasak tidak dapat saya penuhi. Hati ingin menjadi seperti mereka yang lain, yang aktif bersukan. Tapi memandangkan keadaan saya ketika itu, segala nya saya harus lupakan. Saya ingatkan penyakit saya hanya terhenti disitu sahaja, tetapi ianya berlanjutan sehingga ke sekolah menengah.

Bila berada disekolah menengah pula, saya cuba dan ingin menjadi aktif walaupun mendapat tentangan daripada keluarga. Tapi saya yakinkan diri yang saya mampu menjadi seperti mereka. Dan alhamdulillah, saya menjadi kembali aktif walaupun tidak sebenar-benarnya aktif.

Antara perkara yang paling menakutkan diri saya adalah ketika diri saya hendak demam. Allah...time tu hanya Allah sahaja yang tahu betapa takunya diri saya nie. Apat tidaknya, bila saya mula demam, penyakit asma akan kembali menyerang. Bermula dengan sakit tekak, selesama dan batuk.


Bila semuanya dah menjadi satu pakej, mulah asma akan datang. Dan sampai satu tahap segala macam ubat tidak dapat mengembalikan dalam keadaan normal sehinggalah saya terpaksa mengambil nebulizer untuk mengembalikan pernafasan normal. Sesaknya nafas ketika itu,

Penyakit asma saya nie bukan hanya ketika demam sahaja tau, tapi jika tersalah makan. Itulah antara faktor penyebabnya asma. Antara makan yang saya tidak boleh makan adalah rambutan, anggur, makanan sejuk, makanan yang terlebih minyak. Keadaan cuaca yang tidak menentu juga salah satu faktor yang boleh menyebabkan saya asma.


Susahnya nak kena kawal semuanya dalam satu masa.Memang menjadi masalah lah jika salah satu pantang larang yang saya langgar tu akan memakan diri saya sendiri. Dah bermacam-macam cara saya mabil untuk mengurangkan masalah asma saya nie, antaranya makan makanan sunnah., tapi diri saya sendiri tidak dapat menerimanya.

Hingga sampai satu tahap saya dah giveup nak teruskan semuanya. Saya biarkan je sampai lah saya dah kahwin dan dah beranak pinak dah. Sebab saya pernah dengar orang tua-tua cakap yang penyakit asma nie kan hilang bila kita dewasa atau bila kita dah berkahwin..Hahahahaha..tapi kesudahannya tetap begitu juga..


Tapi selepas saya mencuba satu produk nie ternyata alhamdulillah, ianya sangat berkesan kepada saya. Dan alhamdulillah sejak menggamalkannya secara konsisten saya kurang mendapat penyakit asma. Malah jika saya demam, penyakit asma sukar untuk saya hidapi.

Nak tahu ape yang saya amalkan untuk diri saya..Nanti saya akan share kan ye..jadi, itulah pengalaman diri saya sebagai seorang penyakit asma. Mungkin penyakit nie ada yang berkaitan dengan keturunan, itu saya sendiri tidak nafikan sebabnya saya sendiri pun dari keturunan penyakit asma juga. Tapi kita sebagai hamba Allah S.W.T tahu yang setiapnpenyakit didunia nie ada penawarnya kecuali mati.

Jadi, kita haruslah berusaha untuk mencari penawar utnuk mengubati setiap penyakit yang ada. Tidak kira samada kesannya cepat atau lambat, pasti akan temuinya.

No comments:

Post a Comment