KEPERGIAN INSAN YANG TERSAYANG BUAT PERINDU ANAK-ANAK - CINTA HATI SAYA

Saturday 1 August 2015

KEPERGIAN INSAN YANG TERSAYANG BUAT PERINDU ANAK-ANAK

Asslammualaikum...

Buat pembaca blog saya nie..maaf sy tak dapat nk tulis entry blog saya..kerana baru sahaja kehilangan insan yang telah dipilih oleh Allah s.w.t...

Seorang insan yang sentiasa tenang dalam menjalani liku-liku kehidupan bersama-sama insan tersayang...Walaupun saya tidak mengenali arwah dengan lebih dekat..Tapi arwah adalah seorang insan yang sangat baik..sentiasa membantu kehidupan orang lain...



Kemalangan yang meragut nyawa arwah bersama suami beliau telah meninggalkan 4 orang anak yang masih kecil...Yang masih memerlukan kasih sayang ibu dan bapa...Tapi takdir Allah s.w.t tiada sape yang dapat diduga...


Anak kecil yang tidak tahu apa-apa hanya menatap wajah ibu ayah dengan perasaan yang biasa sahaja..dan menganggap ibunya hanya tidur..sedangkan ibu ayah nya ingin menghadap Illahi...Tapi pertanyaan yang sering ditanya.."dimanakah ibu??..menjadikan tiada sape yang dapat menjawab...

Begitulah perasaan seseorang bile kehilangan insan tersayang...

tinggal kenangan..beraya yang terakhir

Jasa dan pengorbanan arwah tidak dapat dibalas..Hanya Allah s.w.t yang mampu untuk membalasnya...Semoga roh arwah dan suami di tempatkan dikalangan orang yang beriman...

Notakaki: Arwah adalah sepupu saya..Walaupun umur kami jauh berbeza..tapi  arwah adalah seorang yang sangat baik, lemah lembut, bersopan santun..Itulah keperibadiaan arwah...




No comments:

Post a Comment